Friday, April 24, 2009

Cerita Ku – Bahagian 1

Muqaddimah

Bermula bila umur mencapai 55 tahun yakni pertengahan tahun 2006. Satu tahun lagi nak bersara ni! Apa kah aktibiti yang boleh dibuat bila bersara nanti. Kalau tak buat apa-apa pun ok juga. Duduk makan duit pencen dan duit simpanan pun lebih dari cukup.
Ketika tu cerita pelihara Kambing Boer ini bertiup kencang seluruh Negara. Diperkatakan semua orang; dari PM sampai ke Pak Mat yang menoreh di kampong. Surat khabar selalu siarkan artikel mengenai kejayaan mereka-mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. Mereka yang kecundang tidak pula disebut. Biasalah tu.
Masa kecil-kecil dulu keluarga ada juga bela kambing, lembu dan kerbau. Ok juga le. Tak le kaya tapi masaalah kesempitan wang tu tak lah pernah timbul.
Beberapa bulan juga fikir samaada nak pelihara kambing ini atau tidak. Kerja berat, kotor dan kejayaan yang belum pasti. Nak jaga benda hidup bukan senang. Kalau nak kaya, belum pernah saya dengar di Malaysia ini orang kaya bela Kambing. Glamour langsung tak ada. Dalam banyak-banyak perkara yang dicakapkan yang melekat di hati bila orang berkata ‘Bela kambing ini mengikut Sunnah. Makanan yang disukai Rasul SAW ialah daging kambing’. Dalam apa-apa pertimbangan ini lah yang akhirnya menjadi penentu apabila buat keputusan.

Projek

Bila dah tekad nak buat tu, mulalah buat perancangan. Misi, visi dan macam-macam benda lagi. Sasaran ditetapkan 5 tahun sahaja untuk pulang modal. Selepas tu tutup projek atau serahkan pada orang lain untuk kendalikan. Konsepnya ialah pelihara kambing secara feedlot system. Tidak ada trading, pawah atau sewaan kandang. Kalau ikut tabiie kambing boleh beranak 3 kali dalam dua tahun atau sekurang-kurangnya setahun sekali. Bila dikira jika bermula dengan 100 induk, jumlah kambing akan melebihi 1 ribu ekor. (Insha Alllah).
Kandang saiz 3000 kp siap dibina hujung 2006. Rumput Napier Taiwan telah siap ditanam dan hidup subur dalam kawasan 2 ekar. 3 ekor pejantan FB dan 69 induk F1/F2 selamat masuk kandang mulai hujung 2006. Maka bermulalah sejarah hidupku sebagai gembala kambing separuh masa.

Pengalaman Ku

Semua orang kata (tukang jual le!) yang Kambing Boer ni tahan lasak, produktif dan tidak garang. Dalam masa 2 tahun lebih ni 4 ekor bapak FB telah mati mengejut dan lebih 20 ekor Induk mati disebabkan sakit. Generasi kelahiran pertama pertengahan 2007 lebih 20 induk keguguran dan lebih 30 ekor anak mati sebelum mencecah 3 bulan. 
Dalam tahun 2008 hanya ada satu kelahiran pada hujung tahun. Bila perkara-perkara ini berlaku timbul komen ‘Rasi dan tak rasi’ dari orang kampong. Kita percaya rezki dari Allah dan bila rezki tertahan mesti ada hikmah sebaliknya.
Mulai tahun 2008 kambing biri-biri mula dipeliharai 1 bapak dan 8 induk. Alhamdulillah hingga kini telah nampak berkembang. Nampaknya bela biri-biri lebih rasi.

Friday, April 10, 2009

Tempat Kejadian

Angle Depan


Pandangan dari depan

Tuesday, April 7, 2009

Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim......

sebagai tanda permulaan 

semoga sentiasa diberkati

Amiin.